Tadi aku baru habis tengok cerita 'You're Beautiful' buat kali ke-3 sem ni. hurm. cerita biasa-biasa. ada la idol 3-4-5 orang dalam tu. cerita dia ni bagi aku, macam Boys Over Flower + Coffee Prince. Boys Over flower sebab ada lelaki-lelaki yang hurm... hensem dan segak bergaya la kot. dan sebab ada love triangle antara watak-watak utama cerita tu. Coffee Prince pulak sebab ada awek Korea (Yang cun fuhhh!!) yang terpaksa disguise jadi lelaki.
Aku mula-mula tengok cerita ni dulu bukan sebab nak tengok sangat cerita tu. tapi sebab ada Lee Hong Ki. erhh!! bukan aku gay dan suka dia. tapi sebab aku mmg suka sangat lagu-lagu FT Island (lee Hong Ki is the singer of the band).
Tapi bila dah start tengok, aku jadi suka cerita ni. satu sebab ialah awek yang cun (Fuhhhh!!). satu lagi sebab part love triangle, dan ada one-sided love. menjadikan ia bukan sahaja triangle. tapi segitiga bercabang ataupun lambda bertapak. hurmmm... cerita yang love triangle tu lebih kurang je dengan Boys Over Flower. dan aku menyampah kenapa perempuan tu tetap sukakan lelaki yang watak utama tu (mungkin sebab dia watak utama) daripada lelaki yang lagi satu yang betul-betul sukakan dia dan banyak buat baik dekat dia sejak awal cerita. sampai dia terpaksa let her go. aaa. aku tak tahu kenapa aku x suka cerita macam ni.
Tapi dalam cerita ni. bukan part 3 ekor tu yang aku paling sedih. tapi bila si Hong Ki (one sided lover) ni dapat tahu perempuan tu sukakan lelaki lain. aku sedih tengok watak Jeremy yang selalu gelak ketawa dan riang tu jadi down, sedih dan menangis sebab cinta. macam mana orang yang bising-bising tu sebenarnya ada perasaan yang dalam. how love can affect a person.
Aku ulang-ulang part si Jeremy ni nak nyanyi dalam radio through phone dan menangis beriye. masa aku mula-mula tengok dulu, aku tak malu nak bagitahu yang aku pun menangis tengok part ni. erhhh. sekarang tengok pun, walaupun tak menangis, tapi aku tetap rasa sedih tengok part tu.
the word 'I love you'...
is a very good words...~~
aaaaaa. aku tak tahu macam mana nak conclude sinopsis ni...
aku dapat rasa perasaan Jeremy tu. aku pun akan jadi down dan kecewa kalau jadi macam dia.
haihhh!!!
aaaaaa. sekarang aku tak tahu macam mana nak conclude kan post ni.
nite~




2 Comments:
life must go on Carlos. for sure there will be light at the end of the tunnel. u such a great person. so just move on to person that could appreciate u. good luck
lol. u did know this is a synopsis of a drama right?
Post a Comment